Kerajaan Selaras Tindakan Segera Bantu Mangsa Banjir – PM

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan hebahan awal mesej teks ringkas (SMS) kecemasan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilakukan.

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyelaras beberapa tindakan segera bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa banjir yang terjejas di beberapa negeri dan kebajikan mereka terus terpelihara.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, antaranya pelaksanaan hebahan awal mesej teks ringkas (SMS) kecemasan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Selain itu, penyaluran bantuan kebajikan dan keperluan asas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan kebajikan dan keperluan asas.

“Serta pengoperasian pam kecemasan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran JPS bagi mengawal paras air dan mengurangkan risiko banjir,” katanya.

Tambah beliau, situasi banjir ini akan terus dipantau rapi serta bantuan disalurkan sebaik dan secepat mungkin.

Susulan banjir yang melanda beberapa negeri, Anwar akui amat terkesan dengan musibah itu khususnya nasib mangsa yang terjejas.

Perdana Menteri juga meminta rakyat supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus di lapangan demi membantu mangsa terjejas.

“Mohon mendoakan agar musibah ini segera reda dan mangsa banjir dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

No comments: