Alhamdulillah.
Sebentar tadi, kami menerima surat rasmi bertulis dari PDRM Bukit Aman.
Kes Faris kini telah diambil alih sepenuhnya oleh Bahagian Siasatan Khas / Jenayah Terancang (D9), Bukit Aman.
Ini salah satu permintaan utama keluarga.
Dan ia dipenuhi akhirnya. Syukur Ya Rabb.
Setakat ini:
🔹 83 orang saksi telah diambil keterangan
🔹 37 sampel DNA telah diperoleh untuk tujuan padanan dengan barang kes, termasuk kain pelekat arwah.
Untuk kes yang telah 12 tahun tertangguh, perkembangan ini adalah sesuatu yang signifikan.
Jika PDRM berjaya menyelesaikannya dan memberi keadilan kepada Allahyarham, tabik kami berikan.
Walaupun kes ini sangat mencabar, tapi usaha dan komitmen yang diberikan harus dihargai.
Terima kasih kepada Datuk Fazley dan pasukan D9 Bukit Aman. Mereka sangat profesional, prihatin, dan komited.
Terima kasih Tan Sri Peguam Negara yang sangat hands-on mengenai kes ini. Wartawan tanya pun dia sentiasa entertain.
Moga Rakyat kembali percaya dan teguh dibelakang sistem keadilan negara. Mereka benteng terakhir kita.
Al-Fatihah untuk Faris dan Zara, mangsa buli yang tidak mampu lagi bersuara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments:
Post a Comment