
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
CYBERJAYA, 6 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu terutama berkaitan aspek keselamatan mendapat pujian pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Kekaguman Trump terhadap keupayaan pasukan keselamatan negara, kata Perdana Menteri, dinyatakan pada lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia ketika penganjuran sidang kemuncak berkenaan.
Malah, Presiden AS menyatakan hasratnya untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.

“Kejayaan pasukan kita keseluruhannya termasuk pasukan keamanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kecekapan masa lawatan Presiden AS, Premier China (Li Qiang) menyebabkan mereka kagum dengan kecekapan (menjaga keamanan dan keselamatan).
“Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran nak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment