KELANTAN KENA TIRU SABAH DALAM MENUNTUT HAK ROYALTI


Che Ibrahim









Jika Pas yakin bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak melalui Perjanjian Carigali Petroleum 1975, Kerajaan Kelantan hendaklah menuntut hak tersebut melalui mahkamah. 


Soal masa dan kos tidak berbangkit kerana amat berbaloi dengan apa yang bakal dapat seperti apa yang telah berlaku kepada Sabah selepas 60 tahun menanti.


Cuma ambo yakin Pas sendiri tidak yakin Kelantan berhak mendapat royalti petroleum kerana tidak ada telaga minyak yang diusahakan di perairan Kelantan. Yang ada hanya pertikaian istilah 3 batu nautika yang ditafsirkan mengikut selera masing masing. 


Semoga apa yang berlaku di Sabah menjadi perangsang kepada Pas untuk menuntut hak royalti petroleum, bukan sekadar bermain retorik puluhan tahun, rakyat terus digula gulakan dengan isu royalti sebagai bahan untuk menanam kebencian kepada musuh politik Pas.




No comments: