Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pengumuman dua anggota Wings iaitu Eddie dan Black apabila bertindak mengundurkan diri daripada kumpulan rock legenda terbabit.
Pemain bass dan dram itu mengedarkan kenyataan ringkas kepada media berhubung pengunduran mereka, malam ini.
"Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai 'Black Wings' dan Samsaidi Ulong Idris atau dikenali juga sebagai 'Eddie Wings', telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan WINGS berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025.
"Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam 'Konsert WINGS 40 Tahun Celebration' yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura nanti. Sekian," kata kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan turut disertai tanda tangan masing-masing.
Terdahulu, Wings bakal mengadakan persembahan sempena ulangtahun ke-40 mereka di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 28 November ini.
Difahamkan, konsert terbabit mendapat sambutan peminat apabila banyak tiket sudah terjual.
Sumber: harianmetro

No comments:
Post a Comment