Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.
Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.
Sebagai tuan rumah dan Pengerusi, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global dan suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).
Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan.
Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.
//
The 47th ASEAN Summit begins today, bringing together regional leaders and delegates to strengthen cooperation and shape a more inclusive, prosperous, and resilient ASEAN.
As host and Chair, Malaysia leads with confidence and principle, upholding ASEAN as a pillar of stability, guided by the values of Malaysia MADANI toward unity, peace, and shared prosperity.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN2025

















No comments:
Post a Comment