Alif Jamil
Saya taknak sentuh soal video seks sesama jenis yang dikaitkan terhadap Azmin itu kerana ia boleh menjatuhkan diri kepada dosa qazaf.
Isu melibatkan moraliti dan peribadi ini biar ia dibicarakan dimeja siasah mahkamah..
Cuma apa yang saya nak tekankan disini adalah tentang doa qunut nazilah yang dibaca kononnya dituju untuk hancurkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Pada saya , harini Allah sedang kembalikan satu per satu doa² kehancuran yang keluar dari mulut² yang pernah melafaz dan yang mengaminkan doa tersebut.
Satu demi satu retak dan kehancuran dalaman yang itu sudah tidak mampu diselindung lagi.
Dari perebutan jawatan, perebutan kerusi, sabotaj dalaman, krisis logo dan masalah melibatkan dana parti menjadikan pertembungan PAS vs Bersatu vs Bersatu Kartel ini semakin membarah.
Dan harini, muncul pula whistleblower dari dalaman parti untuk menyekat dan membunuh pengaruh Azmin dan kartelnya dari menguasai parti.
Ia membuktikan keretakan itu bukan lagi rahsia dibilik mesyuarat tetapi sudah jadi tontonan umum.
Begitulah kitaran politik pengkhianat..
Pakatan yang mereka bina itu bukanlah berpaksikan perjuangan rakyat, sebaliknya hanya ditubuh untuk membelakangkan mandat rakyat, merebut kuasa dan melindungi kepentingan sendiri.
Mereka bersatu bukan kerana cita² untuk membina negara, sebaliknya kerana cita² untuk menghalang Anwar Ibrahim dan bimbang kehilangan akses terhadap kuasa..
Harini, mereka yang mengangkat doa untuk menghancurkan orang lain, akhirnya akan hancur dengan tangan² sendiri..
Cepat atau lambat , pengkhianat² ini akan terus berdepan dengan kehancuran yang mereka sendiri ciptakan.

No comments:
Post a Comment