
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menerima tukul upacara Pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam majlis penyerahan rasmi sempena majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan melabuhkan tirainya hari ini sejak dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 pada 26 Oktober lalu.
Malaysia hari ini menyerahkan tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 secara rasmi kepada Filipina yang akan menggalas tugas selaku Pengerusi ASEAN 2026 berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Upacara simbolik penyerahan tukul yang menjadi simbolik acara itu dilakukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Presiden Filipina itu akan melaksanakan tugasnya mengemudi pertubuhan serantau itu mendepani cabaran serantau dan global serta melaksanakan tugas-tugas Malaysia yang menekankan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.
Ini kali keenam Filipina memikul tugas sebagai Pengerusi ASEAN selepas 1976, 1987, 1999, 2007 dan 2017.
No comments:
Post a Comment