Tiba di Tanjung Leman, Mersing, Johor untuk menyertai Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 2025 bersama warga pengakap dari pelbagai lapisan masyarakat.
Sewaktu sesi ‘Temu Anwar X Pengakap’, saya maklumkan hadirin bahawa institusi pengakap ini masih dan akan kekal relevan apabila dipimpin dengan nilai yang kekal sepanjang masa seperti kemahiran, disiplin, perpaduan yang disaluti dengan nilai kemanusiaan sejagat.
Saya tekankan bahawa nilai manusiawi itu juga, kini perlu bergerak seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) bagi mencorak masa depan generasi pelapis yang bakal memimpin negara dengan bijaksana satu hari nanti.
Dek kesibukan mengejar daya cipta, transformasi digital dan perubahan dunia, kita jangan alpa akan kepentingan nilai manusiawi hingga mencetus kebencian dan perbalahan kaum serta agama yang telah dipertahankan selama ini.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja













No comments:
Post a Comment