✍️ Ahmad Mursi
1. Hairan bila YB PAS Sg Ramal Shafie Ngah minta maaf dalam saman fitnah MP DAP Bangi YB Syahredzan.
2. Dulu katanya, akan 'lawan sampai mati', jadi kini dia dah mati kah?
3. Kononnya, ini 'perhitungan melibatkan ideologi - PAS dan DAP'.
4. Ideologi apa yang halalkan PAS untuk fitnah dan tuduh orang lain 'bukan seorang Muslim yang jujur dan taat serta menyokong ideologi komunis'.
5. Ini ajaran Islam atau ideologi Khawarij PAS? Perangai mempersoal keimanan lawan politik ni, perangai ghuluw, takfiri dan Khawarij.
6. Nak tengok perangai ahli² dan pemimpin PAS, tengoklah perangai YB PAS ni.
7. Kalau benar PAS yakin dengan tuduhan seumpama ini seperti diulang-ulang, inilah masa terbaik untuk buktikan di Mahkamah. Kenapa pula minta maaf?
8. Konon 'berjiwa besar' kerana minta maaf, takut duit melayang ke?
9. Jadi apa pula hukum makan gaji ADUN atau Ahli Parlimen yang menang dengan kempen fitnah seperti tu?
10. Inilah beza antara berpolitik menunggang agama dan berpolitik mengikut panduan agama.
No comments:
Post a Comment