PM ANWAR MELAWAT SAWAH DI KOTA BHARU

 


Usai bertemu para tuan guru dan ulama di Machang pagi tadi, saya singgah ke Desa Gemalai di Kota Bharu untuk bertemu Mohd Yusri, sahabat lama yang mula saya kenali di Sungai Buloh. 












Alhamdulillah, beliau kini mengusahakan sawah padi bebas racun dan baja kimia bersama komuniti Kampung Lubok Jambu, yang sejak dua tahun lalu berjaya menanam padi lima musim, menghasilkan beras putih, wangi dan perang alami berkualiti tinggi.


Melihat kegigihan mereka mengusahakan tanah hingga membuahkan hasil memberi saya keyakinan bahawa ekonomi desa mampu diangkat jika semangat, ilmu dan sokongan bergabung. 


Saya hargai peranan KADA, KPKM, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan dan semua pihak yang membantu. Usaha ini bukan sekadar menuai padi, tetapi menanam masa depan keterjaminan makanan negara.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI



No comments: