Mantan ADUN PAS, Tn Hj Fatah Harun, Ketua PAS kawasan Rantau Panjang berseloroh dalam di akaun FB miliknya, dipercayai berkaitan dengan RUU URA.
Nampaknya Tn Hj Fatah Harun sangat rasional apabila meminta ahli atau pemimpin PAS (yang kita panggil walaun) supaya pilih-pilih isu dahulu jika mahu bangkang dan jangan sembarono.
Sindiran Tn Hj Fatah Harun ini jelas menunjukkan beliau lebih matang membaca suasana politik semasa. Beliau sedar, jika PAS terlalu ghairah menentang semua perkara tanpa tapisan, akhirnya mereka akan dilihat sebagai parti yang hanya tahu membangkang, bukan parti yang benar-benar mahu membela rakyat.
Inilah yang membezakan antara pemimpin yang berfikir panjang dengan kelompok walaun yang hanya mengikut skrip ahli Parlimen mereka iaitu ‘asal kerajaan buat, kita bangkang’.
U/p: Tn Hj Fatah Harun, Beliau merupakan mantan ADUN Bukit Tuku (2008-2013) dan mantan Ahli Parlimen Rantau Panjang (1999-2008). Beliau juga Besan kepada Tg Nik Abdul Aziz, bapa mertua Nik Abduh.
-Jogho Malaya


No comments:
Post a Comment