Syed Mohd Nazli
Nampaknya kelihatan semakin memburuk dan tidak nampak tanda tanda kearah perubahan. Rata rata hantaran di media sosial berkaitan dengan beliau pastinya akan menerima komen komen yang sangat mengaibkan. Boleh dikatakan dalam 1000 komen, 999 komen adalah komen yang sangat jelik terhadapnya.
Beliau juga dilihat berterusan tidak mampu mengawal emosi dan apa sahaja yang dibuatnya terus memberi kesan yang tidak baik terhadap parti dan kerajaan.
Dari lama, saya melihat beliau tidak mampu meletakkan dirinya dalam arus politik, beliau tidak mempunyai sifat dan keperibadian seorang ahli politik, sementelah juga beliau tidak pernah membumi dalam kerja kerja politik dan hanya mendaftar sebagai anggota parti pada tahun 2020 yang lalu dan terus menggalas 'guni politik' yang sarat dengan segala yang belum pernah digalasnya sehingga membuatkan langkahannya menjadi pincang.
Dalam keadaan ini, demi mengelakkan kesan buruk terhadap Kerajaan Madani dan juga kesan psikologi terhadap anak anak dan dan nama baik keluarganya, adalah sangat wajar untuk beliau berehat dan direhatkan. YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim hendaklah segera menanggani permasalahan ini.
Penganti?
Ya, kita serahkan kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri dan dalam masa yang sama saya tidak merasakan yang Keadilan kekurangan tokoh berwibawa untuk diangkat bagi menggilap sinar yang semakin malap. Seandainya Keadilan tidak mempunyai Ahli Parlimen yang berpengalaman, tidak salah untuk dilantik seseorang sebagai Ahli Dewan Negara dan diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan yang baharu.
Antaranya, Keadilan mempunyai Tuan Haji Mustafa Kamil Ayub, saudara Yusmadi Yusuf dan Dr Zaiyadi Hj Awang Noh. Mereka ini dilihat berketerampilan✍️

No comments:
Post a Comment