IKUT PARTI AJARAN SESAT...MEREKA SEMUA BOLEH


 Tergamak Pas ‘edit’ gambar Menteri Pendidikan

Perkongsian video di Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia yang mengandungi gambar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dengan bahagian mata disunting mengejutkan banyak pihak.Semakan mendapati klip video edit yang menampilkan Naib Ketua Pemuda Pas, Hanif Jamaluddin itu adalah daripada Harakahdaily.



Menerusi rakaman berdurasi 5 minit 35 saat itu, Hanif menyifatkan Fadhlina lebih banyak emosi berbanding dengan memberikan penyelesaian.

Serentak dengan kenyataan Hanif itu, kelihatan wajah Fadhlina disunting dengan kedua-dua mata mengeluarkan cahaya terang yang dilihat menggambarkan kemarahan.

Hanif kemudiannya mendesak Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Walau bagaimanapun, paparan imej edit dalam video mengenai hebahan Konvensyen Pas Selangor itu dikritik rata-rata warganet.



“Sejak bila pulalah Pemuda Pas edit gambar orang ni. Come on la,” komen Muhammad Najib.


No comments: