Saya nampak ramai orang troll artikel dari Utusan Malaysia ni. Ia dikongsi ramai-ramai dan dijadikan bahan jenaka.
Saya takde masalah orang tak suka dan kritik tarif elektrik baru ni. Cuma yang saya tak setuju ialah bila orang judge puan yang muka dia dalam gambar ni.
Bila orang menjenakakan artikel ni, gambar beliau dikongsikan dan auto orang akan diberikan persepsi tak baik pada beliau yang jadi mangsa dalam gambar ni. Cuba anda bayangkan gambar anda dalam ni, apa perasaan anda?
Sebenarnya nasihat penjimatan elektrik tu betul cuma artikel ni ditulis dalam keadaan yang mana mesej dia tak sampai dan mudahkan orang salah faham.
Tahukah anda dalam tarif baru ni bila anda gunakan elektrik 600kwh ke bawah sebulan anda akan diberikan insentif?
Kalau anda guna elektrik 600kWh dan ke bawah sebulan, TNB bagi pengecualian caj runcit RM10. Selain tu, anda pun boleh dapat insentif penjimatan tenaga sampai 25 sen untuk setiap kWh (kalau layak), jadi bil anda makin ringan.
So memang betul, anda akan bayar bil lebih murah kalau anda jimat bukan sebab anda sekadar turunkan penggunaan kwh tapi bil sebab anda juga akan dapat insentif.
Dalam tarif baru ni, untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga (dan elakkan membazir) sesiapa yang cekap guna tenaga dia diberi reward. Saya fikir ni adalah win win bagi semua orang.
Saya harap Utusan Malaysia dapat baiki kualiti penulisan ni. Ia bukan soal kita sokong atau tak tarif baru elektrik. Tapi soal menyampaikan mesej yang sebenar.
Selebihnya biar pengguna menilai sendiri..

No comments:
Post a Comment