Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Rio de janeiro pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dianjurkan oleh Brazil.
Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) pada 5.41 pagi waktu tempatan (4.41 petang waktu Malaysia), selepas penerbangan selama 12 jam dari Paris, lokasi lawatan rasmi dua harinya sebelum ini.
Ketibaan Anwar disambut oleh Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia Datuk Mohammad Ali Selamat, Setiausaha Promosi Perdagangan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri Brazil Laudemar Gonçalves de Aguiar Neto, serta pegawai kanan Brazil.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di sini atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.
📷 Mohd Faizol Aziz | BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
#BRICS





No comments:
Post a Comment