TARIF BARU. TAPI TAK TERJEJAS.


 🔌 Tarif Elektrik Baharu Mulai 1 Julai .





        Tapi Ramai Tak Akan Terjejas!


Ramai yang risau bila dengar tarif elektrik akan naik mulai 1 Julai ni. Tapi jangan panik dulu, Suruhanjaya Tenaga kata kebanyakan isi rumah TAK TERKESAN dengan perubahan ini.


Apa yang berubah? ✅ Tarif asas naik dari 39.95 sen/kWj kepada 45.4 sen/kWj

✅ Tapi kalau rumah anda guna kurang dari 1,000 kWj sebulan, anda dikecualikan dari kenaikan ini melalui Insentif Cekap Tenaga


📉 Dulu: Kaedah lama dipanggil ICPT, di mana caj tambahan (surcaj) boleh mencecah 16 sen/kWj kalau kos bahan api naik. Kalau kos turun, anda dapat rebat.


⚙️ Mulai Julai: Guna kaedah baru dipanggil AFA (Automatic Fuel Cost Adjustment)

➡️ Caj tambahan dihadkan kepada maksimum 3 sen/kWj sahaja

➡️ Kalau lebih dari itu, kena dapat kelulusan kerajaan dulu


📉 Tapi, had pengecualian kini diturunkan:

✅ Dulu: Rumah guna kurang 1,500 kWj sebulan dikecualikan

✅ Sekarang: Hanya rumah guna kurang dari 1,000 kWj sebulan


🕐 Waktu Puncak & Bukan Puncak Bermula 1 Julai:


Waktu Puncak: 2 petang - 10 malam


Waktu Bukan Puncak: 10 malam - 2 petang (termasuk hujung minggu & 15 cuti umum)


💡 Bil elektrik anda juga akan lebih telus, ada pecahan caj ikut:


Kos penjanaan


Kapasiti


Kos rangkaian & runcit


📌 Perubahan ini juga berlaku selari dengan pelaksanaan cukai jualan (SST) baharu pada 1 Julai.


Kesimpulan mudah:

📍 Kalau rumah anda guna bawah 1,000 kWj sebulan, tak perlu risau. Anda tak terkesan dengan kenaikan tarif.

📍 Guna elektrik secara cekap – jimat bil, jimat poket.

📍 Perubahan ini bantu kerajaan lebih kawal kos dan elak kejutan besar pada bil rakyat.


#TarifElektrik #1Julai #SuruhanjayaTenaga #BilElektrik #JimatTenaga 


💡 ADA BANTUAN UNTUK ORANG SUSAH?


Ya! Kerajaan ada Program Rebat Bil Elektrik RM40.


✅ Kelayakan:


KIR (Ketua Isi Rumah) berstatus miskin tegar


Berdaftar dalam sistem e-Kasih


📲 Semak kelayakan di:

https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php


🔚 KESIMPULAN MUDAH


✅ Guna sikit – bayar sikit atau lebih murah


✅ Guna sederhana – sedikit lebih murah


⚠️ Guna banyak – sedikit perubahan tapi tak membebankan


❤️ Orang susah – kerajaan bantu RM40 setiap bulan.


-PakDe



No comments: