KARNIVAL BELIA MADANI PANDAN


 Karnival Belia Madani 2.0 di Parlimen Pandan sudah pun melabuhkan tirai pada hari Ahad lepas. Empat hari yang penuh dengan aktiviti, gerai makanan, jualan murah, saringan kesihatan percuma, semua ada.












Saya sempat turun padang untuk rasmikan karnival pada hari terakhir. Seronok tengok sambutan baik dari warga Pandan dan kawasan sekitar.  Saya tak dapat hadir pada karnival yang pertama pada tahun 2023 kerana menjalani prosedur rawatan jantung.


Terima kasih kepada semua yang hadir, yang bantu jayakan, dan yang menyokong dari awal sampai habis.


Insya-Allah kita akan terus fokus untuk tingkatkan skala dan mutu program di Pandan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat Pandan dan yang berdekatan.



No comments: