ISLAH
Berkenaan isu PETRONAS yang hangat didebatkan kebelakangan ini.
Ramai yang tanya kepada ISLAH, betul ke Petronas nak buang pekerja? Kalau ekonomi sedang baik-baik saja, kenapa masih perlu kurangkan tenaga kerja?
Seperti biasa, ISLAH ringkaskan untuk mudahkan pemahaman semua.
Sebenarnya, Petronas sedang menjalankan strategi penyusunan semula. Perkara ni bukan kali pertama terjadi, dan ia perkara biasa dalam industri minyak & gas (O&G).
Pelbagai cabaran baru seperti Teknologi Hijau dan AI sedang mempengaruhi industri ini. Malahan banyak syarikat-syarikat gergasi lain juga mengambil langkah yang sama bagi tujuan survivaliti.
Syarikat seperti Shell, Exxon Mobil and BP juga lakukan perkara sama.
Jelas, Petronas perlu berubah, agar terus megah dan negara tidak rebah.
#jihadintelekrakyat #islah

No comments:
Post a Comment