Warganet dilihat tertarik dengan penampilan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang digelar Panglima Perang Perikatan Nasional (PN) dalam majlis perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) malam tadi.
Rata-rata meninggalkan komentar berbaur sindiran terhadap Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu.
Reaksi netizen tersebut terpampang pada ruangan komentar bagi hantaran berkaitan majlis tersebut menerusi Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Amboi gelak sakan naaa,” sindir Azad Naim.
“Teringat kata-kata panglima “saya angkat tangan lawan Anwar Ibrahim”, sekali saya cium tangan dia daaa….,” tulis Haziq Redzuan.
Untuk rekod, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pernah menarik perhatian orang ramai apabila bersalaman dengan Anwar sambil menundukkan kepala.

Aksi Sanusi tahun lalu itu berlaku ketika menyambut kedatangan Anwar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Pemimpin Pas itu kemudian mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas ketelanjuran kata terhadap kepimpinan PMX dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman, Jitra.
No comments:
Post a Comment