Gambar ibu gajah dan anaknya di Tamil Nadu ini menjadi tular di India.
Dikisahkan, seekor anak gajah telah terpisah dari induknya dan kawanannya. Anak gajah itu baru berusia sekitar 5 bulan.
Pegawai hutan telah menggunakan dron bagi mengesan kawanan gajah tersebut dan misi itu berjaya selepas mereka dijumpai kira-kira 2.5 batu jauhnya.
Para pertugas kemudian memandikan anak gajah itu dengan meletakkan lumpur pada tubuhnya untuk mengurangkan bau manusia, dan mengangkutnya ke dalam trak dalam usaha untuk satukannya semula.
Induk gajah dan kawanan gajah umumnya tidak akan bergerak ketika seekor anak gajah hilang.
Namun, kadang-kala di daerah yang berlakunya konflik antara haiwan dan manusia, sang induk perlu memilih antara keselamatan kawanan gajah atau keselamatan manusia.
Beberapa hari kemudian, para petugas hutan akhirnya menemukan si ibu dan si anak itu sudah bersatu semula dalam keadaan sedang tidur lena.
Ps: Ikuti Jasson King Fans di saluran Telegram. Link di komen

No comments:
Post a Comment