Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan PKR 2025 perlu
dianggap sebagai satu ‘pertarungan antara rakan-rakan setia’ dalam parti.
Menurutnya, kesemua calon berkenaan harus disantuni dengan baik supaya
semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.
“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak (daripadanya) tokoh
reformasi.
“Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan
(pemilihan ini) untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di Tawau hari ini.
Selain itu, beliau mengingatkan penyokong kepada pihak yang bertanding
untuk tidak ‘terlajak’ (berlebihan) kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.
“Ini (PKR) persaudaraan yang
harus diperkukuh… selesai sahaja Kongres (Kongres Nasional PKR) kita harus
bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” tambah beliau lagi.
No comments:
Post a Comment