JS-SEZ bukan satu pencapaian yang dijamin sejak awal. Ia lahir daripada kesedaran bersama antara Malaysia dan Singapura bahawa masih banyak potensi belum dimanfaatkan antara Johor dan Singapura.
Bermula dengan perbincangan pada Julai 2023, sehingga termeterainya MoU enam bulan kemudian, kejayaan ini dicapai melalui usaha bersama yang terancang, bukan sekadar hasil sejarah atau kedudukan geografi.
Hari ini menandakan langkah penting ke hadapan. Buat pertama kali, enam bank serantau dan antarabangsa, dari Barat hingga Asia, menandatangani Surat Hasrat (LoI) bagi menyokong JS-SEZ. Ini adalah isyarat kepercayaan paling kukuh setakat ini terhadap potensi JS-SEZ. Peranan bank-bank ini adalah penting dalam merealisasikan visi JS-SEZ melalui pembiayaan, promosi global, libat urus strategik, dan penyediaan risikan pasaran.
𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮:
1. Sokongan pembiayaan dalam sektor strategik seperti tenaga hijau, digital dan industri kreatif.
2. Promosi & pendedahan global melalui jaringan antarabangsa bank-bank terlibat.
3. Libat urus pemegang taruh bagi menarik pelabur besar, syarikat multinasional dan pelabur individu.
4. Penyelidikan pasaran untuk menyokong pembangunan dasar dan penilaian impak.
Menjelang hujung tahun ini, Pelan Induk JS-SEZ akan dilancarkan sebagai pelan hala tuju jangka panjang untuk pelaburan dan pembangunan.
Walaupun tampuk kepimpinan politik boleh berubah, JS-SEZ merupakan satu janji bersama kepada masa depan. Ia adalah tekad agar kerjasama ekonomi Malaysia-Singapura mampu menaiktaraf kehidupan rakyat kedua-dua negara.
Selagi kita kekal memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab, JS-SEZ akan terus berkembang.





No comments:
Post a Comment