PEMILIHAN PKR TERIMA BANYAK KEJUTAN

 

Pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir pada Ahad menyaksikan pelbagai kejutan apabila banyak nama besar tewas di sebalik dakwaan berlaku penyelewengan dan keanehan dalam pemilihan.








Ini termasuk apa yang digelar fenomena pelik iaitu kumpulan tertentu menyapu bersih jawatan di peringkat cabang, namun calon ketua cabang mereka kalah.


Perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang isyarat atau mesej yang ingin ditunjukkan ahli-ahli parti itu kepada kepimpinan parti.


Malah ada yang menjangkakan pemilihan peringkat kepimpinan yang lebih tinggi juga bakal menyaksikan saingan yang cukup sengit.


link: https://www.sinarharian.com.my/article/724205/berita/politik/pemilihan-pkr-umpama-tsunami-politik-buat-parti


#SinarHarian #PartiKeadilanRakyat #PKR




No comments: