Gerak Harapan.
Semalam 23 wakil rakyat pembangkang hadir ke Kampung Sungai Baru. bukan bawa penyelesaian, tapi datang dengan wajah simpati dan skrip lama: “kami mahu penjelasan”. Tapi penjelasan daripada geng mereka sendiri? Lawak betul.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:
“Saya secara peribadi rasa kita perlukan penjelasan… sebab ini legasi lama.”
Ya betul, legasi lama. Tapi soalnya legasi siapa?
Sebab dalam pertemuan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk, Zainab Alias, terus menamakan mereka yang dulu bermesra dengan pemaju:
➡️ Annuar Musa
➡️ Shahidan Kassim
➡️ Rina Harun
Zainab tak berselindung. Katanya, tiada siapa pun dari kalangan wakil rakyat masa itu datang jumpa mereka, apatah lagi membela. Yang berlaku?
Sokongan senyap kepada pemaju.
Sekarang bila rakyat makin lantang dan Kerajaan Madani cuba betulkan keadaan, barulah PN datang nak "minta penjelasan".
Macam datang ke rumah yang mereka sendiri bantu runtuhkan… lepas tu tanya, “kenapa rumah ni jadi begini?” Dasar penunggang!
Nak cuci tangan? Silakan. Tapi jangan pura-pura tak tahu siapa yang mula gali lubang.
Kalau benar nak bela rakyat, kenapa dulu senyap? Kenapa sekarang baru nak sedar? Bila rakyat marah, tiba-tiba muncul sebagai pejuang?
Bau hipokrasi tu, kuat sangat!

No comments:
Post a Comment