MENTANG MENTANG NAK ADA PEMILIHAN B, BARU LA ADA KELUAR BERITA PASAL PARTI NI...SELAMA NI DIAM JA...SUNYI JA BERITA APA PUN TAK ADA.KERAMAT SUNGGUH.

 

KEADILAN Selangkah Di Hadapan Beradaptasi Dengan Sistem Pemilihan Baharu – Andre Lai.




Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Lai Chen Heng menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Bandar Tun Razak 2025 yang diadakan pada 9 Mac 2025. Turut hadir Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin

KUALA LUMPUR, 9 Mar – Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Lai Chen Heng menyingkap kembali sejarah pemilihan parti yang disifatkannya sentiasa mengikut perkembangan teknologi semasa.

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang berbeza daripada parti lain menunjukkan KEADILAN berani ke hadapan untuk menempuh gelora ombak dan denai yang beronak selain menjadi perintis kepada kaedah pemilihan masa kini.

Beliau yang mempertahankan jawatan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju turut menyifatkan KEADILAN merupakan satu-satunya parti politik yang berani untuk mengadaptasikan idea baharu setiap kali pemilihan parti diadakan.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Lai Chen Heng menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Cheras 2025 yang diadakan baru-baru ini..

“Hari ini, saya berbangga kerana dijemput untuk menjadi perasmi kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Bandar Tun Razak untuk sahabat baik saya Datuk Azman Abidin selaku Ketua Cabang bagi sesi 2022-2025.

“26 tahun bukan masa yang singkat. Meskipun parti kami, tidak setua parti-parti lain, tetapi detik ups and down dalam KEADILAN telah melihat kami menjadi pembangkang dan 2 kali menjadi kerajaan. Setiap kali kecundanganya KEADILAN, pasti akan bangkit kembali dengan lebih kukuh.

“Hari ini kita berada di akhir perjalanan penggal cabang 2022-2025, kami bakal berdepan dengan pemilihan parti sekali lagi. Sebagai parti yang mengutamakan reform, kami senantiasa dalam mod pembaharuan seperti yang kita lihat dalam pemilihan parti.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Lai Chen Heng menerima cenderahati selepas menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Cheras yang diadakan baru-baru ini.

“Setiap kali pemilihan parti kita, dibuat dengan ketetapan yang berbeza dari sebelum ini. Sekiranya melihat pada 2014 kita masih menggunakan cara pangkah yang tradisional, 2018 melihat kita menggunakan kaedah elektronik (tablet), 2022 memperkenalkan pengundi atas talian (PAT) dan kali ini pula 2025 eKYC dengan elemen blockchain serta kecerdasan buatan (AI).

Tambah beliau, dari segi keanggotaan parti di mana KEADILAN memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat dan latar belakang menyertai parti dalam perjuangan yang berteraskan reformasi.

“Saya yakin tidak ada parti lain seperti kita mempunyai pimpinan dalam komposisi dan demografik yang muhibbah dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Lai Chen Heng menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Cheras 2025 yang diadakan baru-baru ini.

“Kita berdepan dengan landskap politik baharu. Dalam era Malaysia MADANI ini, kita harus mesti berani untuk melaksanakan ketetapan di luar kelaziman. Ruang maya, media sosial telah menjadi lubuk untuk menyebar luas faham yang pelbagai. Akses pencapaian maklumat tanpa sempada telah mencorak pemikaran, khususnya anak muda.

“Jangan dilupakan asas penubuhan parti kita adalah berdasarkan reformasi. Kami tidak boleh lagi mencipta slogan kosong tanpa mempunyai naratif. Doktrin reformasi dibawa dalam zaman kerajaan perpaduan dan menjadi asas kepada Malaysia MADANI,” ujarnya.

Beliau turut berpesan agar anggota parti dapat menunjukkan disiplin baik sepanjang tempoh pemilihan yang akan berlangsung sehingga Mei nanti.

Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin merangkap Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak menyampaikan ucapan alu-aluan dihadiri Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Lai Chen Heng sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Bandar Tun Razak 2025 yang diadakan pada 9 Mac 2025.

Selain Cabang Bandar Tun Razak, beliau turut merasmikan MATC Cheras yang telah berlangsung baru-baru ini dengan menerapkan agenda pengukuhan reformasi di samping menyentuh situasi pemilihan parti.

Pemilihan KEADILAN akan diadakan dari 11 hingga 20 April bagi jawatan peringkat cabang disusuli dengan jawatan pusat yang akan dilangsungkan pada 24 Mei ini.



No comments: