Jualan Rahmah Ramadan Ternyata Bantu Ringankan Beban Rakyat

 


Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Jualan Rahmah yang ternyata membantu meringankan beban umat Islam membuat persediaan menyambut Ramadan.

KUALA LUMPUR, 2 Mar – Program Jualan Rahmah yang berlangsung menjelang Ramadan pada Sabtu ternyata membantu meringankan beban umat Islam membuat persediaan

Antara barangan keperluan yang menjadi rebutan ialah ayam yang dijual pada harga RM11 seekor, telur serendah RM9 sepapan (gred B), minyak masak polibeg 1 kilogram (kg), daging RM26kg serta beberapa barangan keperluan lain pada harga yang murah.

Difahamkan, beras tempatan 10kg yang berharga RM26 sekampit juga mula dijual hari ini, namun, ia hanya boleh didapati di beberapa lokasi PJRM dan Program Jualan Agro Madani (PJAM) terpilih sahaja selain boleh dibeli daripada beberapa peruncit berlesen yang tertentu dalam kuantiti yang terhad.

Sementara itu, seorang suri rumah, Siti Nor Hisyam Abdullah, 44, ketika ditemui berkata, dia mampu menjimatkan perbelanjaan untuk barang dapur sehingga 50 peratus dengan membeli pelbagai barangan keperluan harian di situ.

“Saya tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti mana-mana program Jualan Rahmah (PJRM) yang diadakan tidak jauh dari rumah saya.

“Bukan senang nak dapat harga macam ini di tempat lain. Tambahan pula, esok kita dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Syukur,” katanya.


No comments: