Rafizi Ramli
Ada satu komen seorang netizen sebut, “Aku tengok raja formula ni pun dah jijik, terus aku off tak nak dengar”.
Haa kalau pekat macam mana pun sokong PN, saya nasihatkan tetap dengar penerangan saya mengenai perancangan ekonomi negara.
Saya tahu abang kakak mungkin takkan terima apa pun penjelasan dari kerajaan, tapi masa depan kerjaya anak abang kakak banyak dipengaruhi perancangan ekonomi kerajaan.
Anak-anak kita perlu memilih kursus dan kerjaya yang ada permintaan tinggi dan menawarkan gaji yang baik di masa hadapan.
Bentuk kerja di masa hadapan banyak dipengaruhi aktiviti ekonomi baru yang dirancang kerajaan.
Contohnya tumpuan kerajaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan kecerdasan buatan (AI), digital dan tech.
Bermakna di masa hadapan, lebih banyak pekerjaan berkaitan kejuruteraan elektronik, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan perisian, sains data, pemasaran digital, pembangun produk digital dan seumpamanya yang diperlukan.
Dengan memahami perancangan kerajaan dan bentuk pelaburan yang sedang berlaku, ibu bapa boleh merancang bagaimana menyediakan anak mereka memilih kursus dan kerjaya yang baik di masa hadapan.
Jadi demi anak-anak abang kakak, dengar je lah perancangan ekonomi negara.
Ini demi masa depan anak-anak abang kakak juga.
Jangan sakit hati.
No comments:
Post a Comment