Jumlah penjawat awam yang membuat pinjaman peribadi baharu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini meningkat lagi.
Menurut laporan, ia meningkat sebanyak 10 peratus kepada kepada 70,000 orang berbanding hanya 60,000 orang pada tahun lalu.
Kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, penjawat awam pelbagai gred ini kebanyakannya membuat pembiayaan peribadi.
“Peningkatan 10 peratus itu seiring dengan trend tahunan di mana permohonan pinjaman penjawat awam cenderung meningkat pada musim perayaan dan waktu keperluan khas.
“Ia termasuklah menjelang sesi pembukaan sekolah,” katanya memetik Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment