
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, di Perdana Putra, Putrajaya pada 27 Februari 2025. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 27 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, di Bangunan Perdana Putra di sini bagi bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Ketibaan Shoigu di prasarana yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira jam 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Turut hadir Duta Besar Russia ke Malaysia, Nail Latypov serta delegasi dari Russia dan Malaysia dalam pertemuan yang disifatkan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pada November tahun lalu, Anwar mengadakan lawatan ke Vladivostok, Russia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin atas undangan beliau.
Pada 2023, Russia adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.
No comments:
Post a Comment