Hina Agong: Komen Facebook Bawa Padah




Najib Bakar


Kes ni jadi masa Disember lepas. Isu? Hina Agong tengah makan asam pedas dengan PMX. Mungkin sebab sakit hati tengok gambar tu, jari laju taip komen berbaur hasutan. Hasilnya? Satu laporan polis, satu siasatan, dan akhirnya—denda RM4,000.


Norli Mohd Yusof, 53 tahun. Kerja pembantu tukang jahit, gaji RM500 sebulan. Suami dia pula pembantu gerai, gaji RM1,000. Hidup cukup-cukup makan. Tapi sebab satu komen, sekarang kena fikir macam mana nak cari RM4,000. Kalau tak bayar? 6 bulan penjara menanti.


Persoalannya sekarang—adakah PAS atau Bersatu akan datang hulur bantuan? Selalu laungkan perjuangan untuk rakyat, tapi bila penyokong sendiri tersangkut, ada nak tolong? Atau senyap buat-buat tak nampak?


Moral of the story—nak jadi keyboard warrior, fikir dulu. Orang yang konon-konon ‘berjuang’ ni selalunya kena hadap sendiri. Masa menaip tu laju, masa bayar denda? Sendiri tanggung. Kesian.


#SN



No comments: