BERITA PANAS TERKAIT ZAFRUL.



 SHAH ALAM, FEB 9 - “Saya akan mengumumkan keputusan itu selepas berjumpa Ahmad Zahid nanti”.



Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai ura-ura beliau bakal meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.


Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkara tersebut.


“Walau apa jua keputusan yang dibuat nanti, saya akan berbincang dahulu dengan beliau. (Kemudian baru saya akan memaklumkannya dan membuat pengumuman secara rasmi,” katanya ketika ditemui pada program Golf Amal KITA 2025 di Glenmarie Golf and Country Club di sini, hari ini.

#BeritaKS



No comments: