Islah
Belanjawan 2025 memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menjaga golongan rentan melalui peningkatan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih tinggi. Selain itu, peruntukan kepada sektor kesihatan dan pendidikan juga ditambah bagi memastikan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan asas untuk rakyat, terutama bagi mereka yang memerlukan.
Di samping itu, belanjawan ini turut menekankan pembangunan infrastuktur, dengan peruntukan khusus untuk Sabah dan Sarawak serta pembinaan lebih banyak sekolah baharu. Langkah-langkah ini penting untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemajuan yang seimbang, tanpa meninggalkan mana-mana pihak di belakang.