𝟭𝟮 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗔𝗦𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚: 𝗧𝗘𝗣𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚




✍️ Ahmad Mursi 


1.  Pembangkang sengaja menipu tentang lawatan Kapal Latihan China, walhal Pengerusi Gerakan, Dato' Dominic Lau turut hadir.


2.  Kunjungan silaturahim kapal latihan dari China telah melalui saluran dan protokol rasmi. Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang dan pemimpin Kerajaan Negeri turut terlibat.


3.  Dua kapal latihan China berada di Pulau Pinang selama 3 hari sebelum berlepas ke Bangladesh.


4.  Lawatan pelatih Naval University of China ke Sekolah Persendirian Chung Ling diatur oleh Pejabat Konsulat Jeneral China.


5.  Hubungan pelajar melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan.


6.  Sekolah Swasta Chung Ling mempunyai lebih 1,900 pelajar, termasuk dari Indonesia, Thailand, China, dan negara lain.


7.  Lebih 30 pelajar dari China mengibarkan bendera negara mereka semasa majlis sambutan seperti gambar yang disebarkan pembangkang.


8.  Pelajar tempatan turut mengibarkan bendera Malaysia dan Pulau Pinang, tetapi tidak disebarkan oleh pembangkang untuk cetus fitnah.


9.  Salah satu kapal latihan China, JinggangShan 999, pernah membantu misi pencarian MH370 pada 2014, meliputi kawasan Teluk Thailand, Sumatera, dan Australia dengan jumlah pelayaran 31,000 km.


10.  Kapal tentera asing sering berlabuh di Malaysia melalui protokol rasmi. Selat Melaka adalah laluan penting dunia.


11.  Sebelum ini, pernah diadakan lawatan silaturahim oleh tentera asing dan pernah juga melibatkan pelajar sekolah. Contohnya, 20 US Marin melawat Sabah.


12.  Hubungan Malaysia dengan China dan negara asing termasuk Barat adalah baik kerana dasar diplomasi berkecuali serta kerap mengadakan lawatan rasmi kedua-dua pihak.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/974914401341949