HIPOKRITNYA MAHATHIR DAN JADI! 100K LEBIH MEMBANJIR HARI MALAYSIA 2024!



Negara mesti dipelihara keharmonian dan keutuhannya demi generasi akan datang. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Malaysia yang menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke 67 seharusnya lebih kukuh dan bersatu padu selepas semua kaum bersama sama membina negara ini sejak enam dekad lalu. Katanya, keharmonian dan kejayaan bersama akan diwarisi untuk generasi masa hadapan. "Semoga semangat kemerdekaan terus menyala di setiap sanubari rakyat Malaysia, menjadikan kita lebih bersatu padu, berani, dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran-cabaran masa depan. "Marilah kita bersama-sama memelihara dan memperkukuhkan warisan negara yang tercinta ini, demi kesejahteraan generasi akan datang," katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat. =============================================================================== Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mengajak rakyat membina kesatuan bangsa sempena Hari Kebangsaan bagi menyerlahkan potensi besar negara. "Sempena Hari Merdeka, ayuh kita hayati semangat kebersamaan dan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah memerdekakan Malaysia selama 67 tahun. "Semoga keharmonian masyarakat Malaysia akan terus terpelihara berdasarkan nilai-nilai Madani, seterusnya memacu pembangunan yang negara yang lebih gemilang," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.





No comments: