GURU KAFA DI HATI KAMI*


16 Ogos 2024

10 Safar 1446H






Guru KAFA sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan  terutama melalui *YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar* Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Timbalannya *YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan*.


Sangat jelas apabila *Dato’ Setia Mohd Na’im Mokhtar* menegaskan kerajaan akan sentiasa menambah baik pengurusan dan pelbagai kualiti termasuk memastikan penggunaan buku-buku teks sebagai sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KAFA. Ini agar seiring dengan pendidikan arus perdana.


Beberapa cadangan daripada YB Menteri kepada Kementerian Kewangan terkait kebajikan guru-guru KAFA pada 9 Feb 2023 sangat bermakna kepada mereka.


Sebagai contoh lain, pada zaman YB *Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa* dan Timbalannya *YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh*,  saya sendiri pernah bersama dilantik menjadi JK menilai kebajikan dan taraf guru-guru KAFA seluruh negara.


YADIM turut bertanggungjawab untuk membantu menjayakan agar guru-guru KAFA juga diberikan latihan dan keyakinan untuk menjalankan tugas mereka sebagai pendakwah; disamping tekun menjadi guru yang mengajar al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak generasi akan datang.


Bengkel Dakwah Pengukuhan Profesionalisme Guru Kelas Al Quran & Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Daerah Temerloh

ini telah diadakan di Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah,Temerloh, Pahang pada 15 Ogos 2024.


Program ini disertai seramai 100 orang yang terdiri daripada Guru Besar dan pimpinan KAFA daerah Temerloh.


Turut hadir dalam program ini, *Tuan Abdul Aziz bin Abdul Karim*, Qadhi Daerah Temerloh dan beberapa orang penceramah yang terdiri daripada  *Dr. Hj Abdullah bin Ismail* Pengerusi Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah, *Tuan Hj Mohd Affendey bin Mohd Saad*, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh (Sektor Pengurusan Sekolah) dan *Ustaz Alwi bin Muda,*, Pengarah YADIM Pahang.


https://www.facebook.com/share/p/7UEvZvCpND6J7QYS/?mibextid=WC7FNe



*DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS* 

Yang Dipertua 

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)



No comments: