DULU DIA ADALAH PENULIS PALING PROLIFIK DALAM RN REFORMASI NATIONAL KETIKA ERA REFORMASI 98. KINI BELIAU MELAWAN ARUS ?


Fairul Al Qasas.



 Hassan Karim






1. Entah saya pernah ulas berkenaan HK ni secara terbuka atau tidak.


2. Tapi HK ni memang suka lawan arus, suka tunjuk pandai. Langsung tak ada disiplin dalam organisasi. Mungkin ini kesan orang yang pernah jadi presiden parti.


3. HK marah kerajaan siasat MY dibawah akta hasutan. Beribu bakul orang fitnah dan maki PMX, tak ada tindakan. Tapi kerajaan bagi tahu jangan libatkan 3R. Kenapa HK nak pertahankan MY sedangkan jelas beliau sebut 3R. Semua orang jelas bab ini.


4. HK juga cadang supaya PMX buat undi percaya. Katanya isu MY bangkitkan 115 SD bukan perkara kecil.


5. HK ni nyanyuk ke? Awal lagi PMX dah buat undi percaya. Malah lantikan Speaker, Timbalan Speaker dan belanjawan juga lulus, tak cukup lagi ke wahai HK? Takkan setiap tahun nak buat undi percaya.


6. Kenapa HK nak layan gila talak MY? Walhal MY dah hilang 6 MP.  Sebab ada orang macam HK yang layan?


7. Sedang PMX yang tua dari HK itu kehulu ke hilir tanpa henti tarik pelabur, majukan ekonomi sehingga sekarang semua puji ringgit pun makin kukuh, GDP pun naik...HK sibuk nak tunjuk pandai ke arah kucar kacir kan politik.


8. Belajar lah dari Thailand yang terlepas banyak peluang ekonomi kerana masalah politik yang berulang-ulang.


9. HK...kamu tak reti nak puji kerajaan, tak apa. Diam, dan jaga kawasan kamu dengan baik. Kamu pasti tahu ini penggal terakhir kamu.


10. Ingat sikit yang bawa kamu masuk ke PKR dari PRM, yang bagi kamu jawatan dan kerusi adalah Anwar Ibrahim. Tak reti kenang budi pun jangan jadi duri.


Sekian, terima kasih. 


Fairul al Qasas




No comments: