Sungai Bakap ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 39,222 orang daripada 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi manakala 57 orang terdiri daripada anggota polis telah mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka untuk PRK itu walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas.
Daripada keseluruhan jumlah pengundi berdaftar tersebut, majoriti pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 9,598 orang, diikuti 8,187 orang (30 hingga 39 tahun), 6,928 orang (40 hingga 49 tahun), 5,656 orang (50 hingga 59 tahun), 3,610 orang (60 hingga 69 tahun), 3,134 orang (18 hingga 20 tahun), 1,658 orang (70 hingga 79 tahun) dan 508 orang (80 tahun dan ke atas).