BERTEMU IAIS



 Dalam kesempatan yang ada, saya bertemu Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Dr. Maszlee Malik bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu dalam tempoh jangka panjang.






Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif, dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa. 


Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan 'soft diplomacy' negara serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara-negara Muslim hatta hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan MADANI selaras dengan dasar negara.


Harapan saya agar pihak IAIS Malaysia dapat memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu yang dihadapi oleh komuniti Muslim diperingkat antarabangsa, Insya-Allah.


==========


Today I met the Chairman of the International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Dr. Maszlee Malik to discuss the direction of the institute in successful long-term planning.


Since its establishment in 2008, IAIS Malaysia has played various important roles in promoting a positive Muslim identity and fostering unity among the Muslim community and the general ummah internationally.


#MalaysiaMADANI



No comments: