MENTEEI KOMUNIKASAI, JKOM, PMO... SEMUA INI GAGAL DALAM MENERANGKAN ISU KEPADA RAKYAT.


 Kegagalan JKOM Menjalankan Tanggungjawab: Rakyat dan Kerajaan Perpaduan Terabai


✍️ Saiful Nizam



Dalam era pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai keputusan yang berani dan tidak popular telah diambil demi masa depan negara. Salah satu keputusan yang menjadi tumpuan adalah subsidi bersasar. 


Namun, malangnya, Jabatan Komunikasi (JKOM) yang sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan dan menyalurkan maklumat terkait keputusan-keputusan ini kepada rakyat, kelihatan gagal menjalankan tugas mereka dengan berkesan.


JKOM merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan perhubungan awam bagi pihak kerajaan. Mereka mempunyai mandat untuk menjelaskan isu-isu penting kepada rakyat dan memastikan rakyat memahami rasional di sebalik setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan. Tetapi apa yang kita lihat sekarang adalah kelemahan yang ketara dalam komunikasi mereka. JKOM seolah-olah hilang dalam senyap tidak berfungsi!


Keputusan seperti subsidi bersasar adalah langkah penting untuk memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ia adalah satu keputusan yang memerlukan keberanian politik, tetapi juga memerlukan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat.


Tanpa penjelasan yang jelas, keputusan sebegini mudah disalah faham dan ditentang oleh rakyat. Di sinilah peranan JKOM menjadi lebih penting. Namun, malangnya, JKOM tidak berjaya menjalankan tugas ini dengan baik.


Sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan, aku merasa kecewa dengan kegagalan JKOM. Kecewa melihat YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memikul beban ini sendirian, menjelaskan setiap keputusan dan menangkis setiap kritikan tanpa sokongan yang sepatutnya daripada JKOM. 


Ini bukanlah tugas seorang pemimpin tertinggi sahaja, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh seluruh agensi kerajaan yang terlibat.


JKOM seharusnya menjadi barisan hadapan dalam komunikasi kerajaan dengan rakyat. Mereka perlu proaktif dalam menjelaskan setiap isu, memberikan justifikasi yang kukuh, dan memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan jelas. Apa yang kita lihat sekarang adalah JKOM seumpama 'makan gaji buta' tanpa menjalankan tanggungjawab mereka.


Kita tidak mahu melihat usaha-usaha murni Kerajaan Perpaduan dan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim terjejas hanya kerana kelemahan komunikasi dari JKOM. Sudah tiba masanya JKOM bangkit dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif. Rakyat berhak untuk mendapatkan penjelasan yang jelas dan tepat, dan kerajaan berhak mendapatkan sokongan penuh daripada agensinya sendiri.


Aku menyeru JKOM untuk memperbaiki kelemahan ini dengan segera. Jangan biarkan pemimpin kita menghadapi segala-galanya sendirian. Berdirilah bersama, jelaskan isu-isu dengan tepat, dan pastikan rakyat faham dan akhirnya faham serta menyokong setiap langkah yang diambil demi kebaikan negara.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



No comments: