KEISTIMEWAAN ZAHID





MSO


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi suka atau tidak setuju atau tidak beliau merupakan orang penting dalam kerajaan Madani. Individu dan sahabat yang ikut menentukan garis politik Anwar Ibrahim.


Satu ketika dia dilihat tidak bersama Anwar kerana terpaksa mengasingkan diri demi sebuah persahabatan dan keazamannya, saat itu ramai orang terkeliru dan kecewa dia telah meninggalkan Anwar Ibrahim yang dianggap sifu dalam politik.


Justeru dia dicemuh dan digerami, dituduh mementingkan diri. Tanggapan itu waktu itu, namun masa yang berputar meletakkan anak Bagan Datuk itu diatas paksi perjuangan sebenar. Kekhilafan itu berlaku tak terkecuali kepada saya juga.


Seribu kali orang mengata dia menderhaka kepada Anwar tetapi sejuta kesetiaannya kepada Anwar tersimpan di kalbu.


Lebih, hampir suku abad dia dilihat bermusuh dengan Anwar, tetapi selama itu juga ia dilihat kawan setia dan rela demi sahabatnya. Dia tidak pernah menyentuh peribadi Anwar. Hanya jauhari mengenali maknikam.


Hakikat yang berlaku Anwar tidak angkat sumpah sebagai PM ke-10 kalau Zahid tidak tegas dan berani bawa UMNO bergabung dengan PH. Kalau Anwar berjasa mendidikan Zahid, Zahid pula berjasa membalas budi perdana menteri itu. Pengorbanan Zahid terhadap Anwar sungguh hebat.


Suatu perka orang mungkin tidak sedar di sebalik viarasi politik Zahid dia adalah pencatat rekod sebagai timbalan perdana menteri dua kali dengan PM yang berbeza. Lebih unik beliau jadi  timbalan kepada kedua dua bosnya Najib dan Anwar. Trims.