ISU SUBSIDI LAGI



 Banyak tulisan tentang subsidi diesel sehari dua ni. Aku pula sibuk jadi tak sempat nak menulis. Ada yang minta aku ulas tapi itulah...






Lagipun sebenarnya, susah aku nak ulas sebab aku 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Jadi aku tak alami situasi sebenar pengguna diesel. Dan 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗮𝘁𝗮𝗼 macam walaun.


Cuma ada beberapa fakta yang tak tepat yang banyak dimainkan. Paling kerap diulangkan, 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸. Sampaikan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗺𝗻𝗼 pun mainkan isu yang sama.


Tak faham, buat-buat tak faham atau memang jenis IQ rendah jadi susah nak faham. Subsidi masih ada. Tapi ia 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗺 sebaliknya diberikan terus kepada pengguna.


Banyak syarikat pengangkutan yang diberikan 𝘧𝘭𝘦𝘦𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘥 dan kalau lihat, harga diesel 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 berbanding harga runcit sebelum ini.


Kemudian ada yang cerita harga 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗱𝗮, dan 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗻𝗸𝗿𝗶𝘁 akan naik kesan pengapungan harga diesel ini sebab mereka tak diberikan subsidi.


Aku jadi tertanya, siapa yang 𝘁𝘂𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶? Harga mungkin naik tapi kesannya tiap hari ke kepada kita? Begitu juga dengan bahan konkrit? Memang 𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗸𝗲?


Kalau kau mengaku B40 dan dakwa tak cukup duit nak hidup, tapi kau sibuk besarkan rumah, maknanya kau tu 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Kan?


Untuk individu ada BUDI sebanyak RM200 sebulan. Kerajaan juga beri 𝗶𝗻𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶. Soalannya, cukup ke tidak? Untuk soalan ini, kita tak boleh nak jawab sekarang.


Sebab kena laksanakan dulu untuk sekian tempoh dan kemudian lihat semula apa kesannya. Dari situ baru lihat kesan sebenar dan boleh buat penambahbaikan. Ini normal setiap kali 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻.


Macam 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗚𝗦𝗧 dulu. Senarai pengecualian selalu dikemas kini. Ditambah dari semasa ke semasa atas 𝘧𝘦𝘦𝘥𝘣𝘢𝘤𝘬 dari masyarakat.


Ini belum seminggu dah meroyan. Banyak teori saja yang dikemukakan. Walaun memang suka mencipta persepsi negatif. Macam masa 𝗟𝗩𝗚, 𝗦𝗦𝗧 dan 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘆𝗮𝗺. Macam-macam teori kenaikan harga keluar. Tapi selepas sekian lama, kesan kepada rakyat adalah minimum. Sekarang dah senyap.


Bukan kata takkan ada kesan. Mestilah ada. Tapi kena tengok 𝘣𝘪𝘨𝘨𝘦𝘳 𝘱𝘪𝘤𝘵𝘶𝘳𝘦. Kena tengok kesannya 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵. Bukan 𝘵𝘶𝘯𝘯𝘦𝘭 𝘷𝘪𝘴𝘪𝘰𝘯, tumpu pada satu isu


Penyasaran subsidi menjimatkan wang kerajaan. Ada lebihan tunai maka dengan itu, bantuan tunai bolehlah dinaikkan. Itu akan membantu dalam mengurangkan impak kenaikan harga barangan pada golongan yang berpendapatan rendah.


Cara ini kan lebih elok. Sebab warga asing 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙩𝙪𝙢𝙥𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙠𝙤𝙠 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Ada juga yang bersuara untuk kurangkan harga lesen kenderaan diesel. Sebab harga diesel dah diapungkan. Boleh juga kot. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 la macam tu.


Sebab walaupun harga diapungkan, bantuan masih diberi lagi dalam bentuk tunai. Jadi kurang lebih harga diesel 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮. Minta kurangkan harga LKM tu macamlah tiada bantuan langsung dari kerajaan. Dah begitu, baik jangan beri terus.


Subsidi bersasar ni bukan benda baru. Dah lama dah diceritakan. Mantan PM - Najib, Mahathir, Mahiaddin serta Ismail - semua mereka pernah sebut 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻. Malahan mantan duta khas pun pernah sebut perkara yang sama.


Tapi semua tak ada keberanian. Sebab mereka semua 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Tak mengapa 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 asalkan mereka popular. Kalau hilang populariti, boleh hilang jawatan PM.


Pesan aku mudah. Beri tempoh 6 bulan, kita lihat dulu bagaimana keadaannya. Kalau kesannya terlalu besar, kita tuntut 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶. Itulah kerja MP yang kita lantik untuk suarakan itu kita.


Bukannya buat spekulasi melulu, cipta kebimbangan tanpa asas di kalangan rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.