APA yang anda PERLU TAHU sebelum makan DURIAN ?
Durian kaya bahan asid amino TRYPTOPHAN - Bahan ini menenangkan fikiran dan SESUAI untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.
Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur
100 g durian - 147 kalori
100 g nasi - 151 kalori
Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN
Ada kajian menunjukkan KULIT DURIAN bersifat ANTIDIABETIS.
Namun, % penurunan glukosa darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (UBAT DIABETIS)
Ada kajian menunjukkan makan ISI DURIAN pada kadar TINGGI boleh tingkatkan kadar DENYUTAN JANTUNG. Justeru perlu makan ikut kadarnya
Durian kaya POTASSIUM. Justeru, pesakit buah pinggang tidak boleh makan berlebihan.
ELAK makan durian bersama PARACETAMOL @ ALKOHOL kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Wbp, perkara ini masih perlu kajian lanjut
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist