ANAI ANAI KERAJAAN MADANI


MSO


Hari ini diviralkan surat dari Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri kepada Setiausaha Politik Menteri Kesihatan yang memberi tahu ada beberapa kontraktor yang dinilai sebabagai pra kelayakan untuk tander sebuah hospital. 


Surat itu sebenarnya perkara biasa dalam urusan atau pun hubungan di antara ketua dengan pegawai bawahannya. Tidak ada apa pun yang perlu di kemusyilkan.


Bagi saya surat itu tidak membawa apa apa natijah boleh mencemarkan moral kerajaan Madani. Mereka pertikaikan surat itu dan jadikan isu mungkin kerana tidak suka dengan ketua setuausaha politik PM itu.


Isu peribadi jangan bawah ke dalam medsos. Tak baik. Dan mereka bertanggungjawab dedahkan surat itu patut cerminkan diri dan anda boleh dianggap sebagai pengkhianat atau anai anai kerajaan Madani. Trims.



No comments: