MENCARI AGAMA TAPI SALAH HALA TUJU


Najib Bakar




 Faham ekstremisme yang mudah menular ke atas seseorang yang mencari agama.


Semalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram tu dilakukan oleh seorang lelaki yang bapanya anggota Jemaah Islamiyah (JI).


Salam takziah diucapkan kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban.


Lama dah tak dengar bab anggota JI di Malaysia. Lama dulu ada kes Nordin Mat Top dan Dr Azhari, Pensyarah UTM Skudai yang melibatkan diri dengan JI.


Nordin ni pernah jadi guru yang mengajar di sekolah agama, juga di Ulu Tiram Johor. Pernah jadi orang paling dikehendaki Asia.


Dia rekrut Dr Azhari, yang juga pernah jadi pensyarahnya


Dr Azhari ni digelar "demolition man", pakar membuat bom. Dia pernah tulis manual cara pembuatan bom untuk JI.


Mereka berdua bersama anggota JI di Indonesia bertanggungjawab terhadap serangan bom di Bali tahun 2002 dan serangan bom Hotel JW Marriott Jakarta 2003 dan 2009.


Mereka mati ditembak pada tahun 2009 oleh pasukan keselamatan Indonesia.


Fahaman depa ni, semua bukan Islam adalah musuh.


Dan negara yang tak amalkan "sistem Islam" acuan mereka dianggap sebagai terkeluar daripada Islam.


Sebab itu bagi mereka pihak keselamatan yang bekerja untuk kerajaan "bukan Islam" ni wajib ditentang.


Macam pernah dengar kan tuduhan puak tertentu yang senang mengkafirkan orang?


Boleh baca tulisan sahabat aku Ustaz Herjunot Ali Wan Ji Wan Husin yang menulis tesis phD berkaitan terorisme.


Beliau pernah menemubual seorang anggota ekstremis yang pernah ditahan ISA selama 8 tahun, tetapi spiritualnya, fahamannya tetap tidak berubah.


Lalu disoal Ustaz Wan Ji, antara seorang Hindu yang yang dibunuh atau Hindu tersebut masuk Islam, mana yang lebih baik?


Boleh baca tulisan Ustaz Wan Ji seterusnya di https://www.facebook.com/share/p/Q4NgYmWWvcwhGRzL/?mibextid=oFDknk


Apa yang aku risaukan adalah anggota-anggota JI ni menyusup masuk ke parti politik di Malaysia dan berjaya menguasai hierarki parti.


Ingat tak semasa kempen PRU15, seorang pelakon lelaki yang baru berhijrah, di atas pentas politik, dia kata nak sembelih k4fir?


Watak-watak yang mencari agama atau sedang berhijrah itulah yang menjadi sasaran mudah geng ekstremis.


Sebab depa sedar watak-watak tersebut banyak bergelumang dengan dosa selama berpuluh tahun.


Oleh sebab itu, ramai di antaranya cuba mencari jalan mudah untuk ke syurga.


Kalau Tok Guru kata caranya adalah bunuh k4fir, maka itulah pegangan yang meresap mudah ke otak mereka.


Aku doakan pihak keselamatan Malaysia berjaya banteras puak ekstremis daripada membiak di Malaysia.


Sebab kalau tengok komen di media sosial tentang serangan balai polis tu, banyak netizen BBNU yang anggap perkara ni lucu, siap ada yang sokong tindakan tersebut.


Gila.



No comments: