KENAPA TOK DOR TAK HADIR?


MSO


Semasa mengumumkan calon PN pirake KKB malam tadi Presiden tidak hadir, timbalannya juga tak kelihatan. Yang mewakili Pas Sanusi bin Mohd Noor dan Idris Karat. Kenapa kedua pemimpin tertinggi Pas itu tak hadir, dan tidak kelihatan di majlis pengumuman itu. Biasanya kalau Tok Dor tak "chekat", beliau akan hadir juga walaupun dipapah. Umur 76 tahun patut cergas lagi. 


Semangatnya tinggi sehingga boleh mengatasi kesihatannya bila tiba pilihan raya. Piliihan raya berada ditempat tertinggi dalam  senarai "hadith" Pas. 


Atau pun Tok Dor sibuk dengan hal anak menantu, tetapi Mahiaddin yang juga ada masalah dengan menantu hadir.


Ketiadaan Tok Dor dan Tuan Brahim itu sedikit memelikkan. Apakah ia sebagai tanda yang Pas tidak sepenuh hati untuk melihat pirake itu dimenangi PN. Ataupun sememangnya ada pertelingkah teruk berlaku dalam PN? Datuk panglima peperangan Kelantan juga tak nampa batang hidung. Trims.