GUGURKAN MEGAT ZULKARNAIN, LANTIK TENGKU ZAFRUL KETUAI UMNO SELANGOR



Selepas melepaskan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz nampaknya terus bersuara mengenai permasalahan dan kekurangan yang ada dalam parti di negeri tersebut.


Bahkan katanya, sejak PRU15 di mana UMNO tidak menang walau satu kerusi, diikuti dalam PRN yang memperlihatkan UMNO hanya menang dua kerusi, tiada apa-apa yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO negeri untuk memulihkan kedudukan parti.


Sepatutnya ujar beliau, dengan dua keputusan buruk itu, ia merupakan amaran terakhir untuk UMNO Selangor segera berubah dan menyedari realiti.


“Sekarang ini sudah lapan bulan selepas PRN, masih tak ada apa-apa.


“Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru untuk tawan hati rakyat juga tak ada,” katanya.


Secara umum, menurut Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, perancangan untuk memperkasa UMNO di Selangor adalah bersifat hambar.


Dengan terus bersuara mengenai kedudukan UMNO Selangor, meskipun setelah meletak jawatan sebagai Bendahari, Tengku Zafrul nampaknya tidak bersikap lepas tangan begitu saja setelah mengumumkan pengundurannya.


Membaca coretan dan isi hati yang diluahkannya kali ini, dapat dirasai beliau sebenarnya mempunyai banyak idea dan perancangan serta kecintaan yang lebih tinggi untuk memulihkan semula kedudukan UMNO.


Tidak keterlaluan untuk dikatakan, meskipun berjawatan menteri, Tengku Zafrul tidak seperti kepimpinan UMNO Selangor sedia ada yang barangkali berfikir – tak mengapa UMNO tidak menang banyak kerusi, yang penting, asalkan dapat jadi sebahaguan daripada kerajaan.


Sebaliknya, Tengku Zafrul mahu UMNO memenangi lebih banyak kerusi, kalau pun tidak mampu berkuasa selepas ini.


Untuk itu, ada baiknya jika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi segera menggugurkan Megat Zulkarnain Omar Din daripada jawatan Pengerusi UMNO Selangor dan melantik Tengku Zafrul sebagai penggantinya.


Megat Zulkarnain yang kalah di Parlimen Gombak dalam PRU15, kemudian kalah lagi di Dun Gombak Setia ketika PRN, cukuplah sekadar jadi Setiausaha Politik Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Gombak saja.


Sudah sampai masanya untuk beliau diganti segera – dia ada selama ini pun macam tiada.


Cuba try Tengku Zafrul pula, mana tahu sebagaimana dia rajin bercakap, dia juga rajin bekerja. – ShahbudinHusin 06/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/06/gugurkan-megat-zulkarnain-lantik-tengku-zafrul-ketuai-umno-selangor.html



No comments: