PATUT TAK BOLEH DAFTAR


Najib Bakar




 Khairy Jamaluddin kata akaun PADU dia tak boleh masuk, ada orang lain dah daftarkan. Okey, ni la muka orang yang daftar akaun saudara tu.


Mamat Voon ni guna nombor telefon dia sendiri, maka kantoi lah identiti dia. 


Sebenarnya Voon daftar PADU KJ sebab dia dah tahu maklumat IC KJ awal lagi, bukan dapat daripada PADU pun.


Tapi dia tak boleh nak update dan peraku, sebab dia tak buat eKYC. Kalau buat eKYC pun tak lepas. Muka Cina tapi IC muka Melayu sawo matang. Jadi tak ada apa-apa isu pun.


Owh, akaun KJ sudah cleaned up. KJ sudah boleh daftar semula.


Owh ya, selain KJ, si Voon ni juga daftar 2 akaun politician lain, juga guna nombor telefon yang sama. 😆