AMANAH TEMERLOH AKTIF

 📌 8.2.2024 Khamis













Perayaan Tahun Baru Cina disambut setiap tahun oleh masyarakat Tionghoa di dalam negara. Tahun ini sambutan dijangka meriah disamping cuti yang panjang.Ianya juga disambut oleh kaum lain dalam negara. Ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga, tidak kurang juga warga kota yang akan pulang ke kampung halaman.


Seperti kebiasaan, setiap tahun AMANAH Kawasan akan mengedar limau mandarin kepada penduduk sekitar Kampung Baru Cina Temerloh sebagai tanda kemesraan dan ingatan kepada masyarakat Tionghoa. Ketua Kawasan,Azizul Shah & Ketua AWAN Kawasan, Rohana Yaacob bersama rakan-rakan hari ini bersama-sama mengedarkan limau.


Semoga keharmonian dan perpaduan dalam negara kita terus kekal.


Gong Xi Fa Cai


#pedulitemerloh

#AmanahTemerloh

#binabersama



No comments: