SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA




Merujuk kepada beberapa laporan yang disiarkan selepas sidang media sempena Perhimpunan Bulanan KKM pagi tadi, saya mendapati ada berlaku salah tafsir berhubung kenyataan saya yang keluarkan.


Saya ingin mengulangi penegasan saya sekali lagi kenyataan yang diberikan sewaktu sidang akbar pagi ini iaitu:


"Dos penggalak vaksin covid disarankan bagi golongan berisiko tinggi 'high risk', termasuk warga emas dan golongan yang mempunyai ko-morbiditi.


Saranan ini hanya untuk kumpulan yang saya sebutkan di atas dan BUKAN merangkumi masyarakat umum keseluruhannya."


Saya sangat hargai ketulusan lapor bicara rakan-rakan media terutama berkait isu kesihatan semasa yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat.


DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

14 DISEMBER 2023



No comments: